Terkini: Yayasan Pahang Beri Bantuan Kepada Pelajar Di Mesir dan Jordan.

KUANTAN – Pelajar tajaan Yayasan Pahang di Mesir dan Jordan akan menerima bantuan kewangan tambahan bersifat sementara bagi mengurangkan beban kewangan ekoran kesan kejatuhan mata wang ringgit pada masa kini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pelajar di Mesir akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM3,000 setahun, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan kepada RM9,000 manakala bagi pelajar di Jordan ditambah RM5,000 menjadikan jumlah tajaan RM25,000.

“Bagaimanapun, pemberian bantuan tambahan ini akan dikaji semula apabila nilai mata wang ringgit kembali pulih,” katanya semasa berucap pada Majlis Pengurniaan Anugerah Cemerlang dan Khatam Hafazan serta Perasmian Program Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang di sini, semalam.

Pengurniaan anugerah cemerlang itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Buat masa ini, Yayasan Pahang menaja 70 pelajar di Mesir dan 53 pelajar di Jordan.

*sumber: mynewshub

~ bila ringgit jatuh ada yang senyum ada yang termenung. walaupun ianya memberi kesan yang baik bagi sesetengah golongan, hakikatnya ini memberi impak negatif kepada pelajar yang menyambung pengajian di luar malaysia.

tabahlah adik-adik sekalian. moga matawang kita kembali mengukuh.

ddmk: hari ini Rm1 = Usd 4.10

Tinggalkan komen