eid mubarak

eid mubarak!! itulah ucapan salam sempena hari raya aidilfitri atau aidiladha. walaupun dah masuk hari ke 4 aidiladha tapi stesen tv di sini masih meraikan hari yang mulia ni dengan menyajikan pelbagai program.

mengimbas malam raya lepas, kami ke city centre. ramainya orang. dipenuhi dengan expat. ramai expat yang menghabiskan masa bersantai di cafe dan restoren…ye lah kan..dok rumah pun buat tension jer sebab tak dapat balik raya..(macam kami la tu..ehehee..).

sementara di jalanan seakan satu pesta. puluhan warga qatar meronda dengan kenderaan besar mereka seperti land cruiser, hilux, bmw x5 dan apa jua jenis 4×4 yang ada sun roof (di sini arab panggil moon roof).

ada juga kereta yang membawa bendera qatar. maka berkibar megahlah bendera berwarna maroon dan putih tu bila ditiup angin. bunyi hon kereta silih berganti..agak bingit jugaklah dibuatnya. owhh..begini cara mereka meraikan malam menjelang raya kot..terasa jugaklah bahang meriahnya!

cuti sempena hari raya haji memang berbaloi. pekerja di sektor awam diberikan cuti 5 hari, sementara swasta cuti 3 hari. kebetulan tahun ni raya haji jatuhnya hari ahad. sedangkan hari jumaat dan sabtu memang cuti hujung minggu di sini. so tambah lagi raya ahad tu…kerajaan cuti seminggu! abang matt kita keja swasta..setelah campur cuti hujung minggu dapatlah cuti 5 hari.

dalam city center sale bagai nak mengikis poket kita…semua kedai memberi diskaun diantara 50%-70%!! mau gelora mata tengok kasut & handbag branded yang sebelumnya berharga qr300 ke qr400 turun sehingga qr150.

baju-baju kasual ataupun yang santai di Debenhams pun turun harga dari kebiasaannya qr 250 ke qr100! …amboi..hebat betul strategi arab ni kan. memang diaorang nak kita spend duit time raya ni. dan setelah melihat beberapa barang, nak tak nak terbeli jugaklah satu dua..ehh tiga..empat kot..hehe..

seperti biasanya juga..bila dah penat berjalan dan perut pun dah lapar kenalah cari apa yang berkenan nak dimakan. kali ni pilihan makan di food court.

kami order spicy fish & kaiza kebab. kaiza kebab ni…kami tak penah makan. sekali dapat hidangan bertutup dgn roti. rotinya punyalah besar dan baru masak..aromanya..aduhh..membuka selera. saiz sekeping roti tu ibarat kertas A3!..diberinya 2 keping..konpom ni memang tak leh abis. spicy fish tu pulak tak sangka dapat 2 ekor ikan..ingat kan sekor.

dannn..menu yang kita order tu, akan ditambahnya lagi dengan semangkuk kecil salad serta nasi arab..aduhh..sedaplah! makan masa panas-panas.. yang warna kuning dalam pinggan nasi tu bukan mentega..tapi nasi saffron. digaul dengan nasi putih ..dan rasanya?…boleh dimakan begitu saja..sedappp.

rupa-rupanya dibawah roti tu ada lagi makanan! ada 6 ketul kebab ayam, jeruk sayur, lemon, tomato, bawang & kentang goreng.. hmmm..kena abiskan nih..rugi la kalau tak abis..

alhamdulillah..syukur dengan rezeki Allah swt. dah makan…dah kenyang…jom balikkk..

ddmk: syahdunya malam raya..teringat kat lemang & rendang..sup tulang..adehh!

takanang juo

hari ni jumaat. lusa dah raya! owhhh..banyaknya kerja nak settlekan..nak cuti ni, selasa baru sambung kerja. meja yang sejak pagi tadi berterabur tunggang langgang dengan fail-fail hitam mula dikemaskan.

“zaitun, list expenses dah siap lom? tolong call semua branch..confirmkan gaji dah masuk”. “Ina cepat buat job list next week, jangan ada tinggal satu pun tau..eh..ina ada apa-apa oustanding tak?” sambil bercakap tu tangan pantas off kan komputer dan suis aircond, kerusi segera disorongkan ke meja.

“kak..semua settle. saya dah bagitau branch tentang gaji”. jawab zaitun. “kak, ini job listnya, tolong check dulu, rasanya ini je untuk minggu depan dan takde outstanding untuk akak..semua ok”. kata ina yang seperti biasanya memegang note book dan pen hadir di muka pintu bilik. “hmm…job list ni ok..done..good job ina!”

“ok semua…jumpa minggu depan yer. selamat hari raya haji “. dan bermulalah acara bersalam-salaman..bermaaf-maafan…sesama kami. bab ni paling syahdu..hehe…ye lah kan kita ni satu ofis. kerja-kerja juga, terkadang tu takutlah kalau ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku atau menyinggung perasaan dengan tak disedari.

tapi kat ofis ni alhamdulillah..kami ibarat satu keluarga..takde gelaran cik puan atau puan sri..semua pakat panggil akak je..senang. di luar ofis bahang nak raya dah mula terasa. gerai jual lemang siap dengan khemah besarnya, batang-batang buluh dah tersusun rapi, kayu api dan tempat bakar lemang dah siap nampaknya tu.

sampai rumah. baju dah siap packing. angkut jer baju raya lepas..masih baru lagi kan. rumah pun dah clear..baik punya kemas malam tadi…hehe.  hubby dari tadi dok leka layan majalah motor traders. saya buat-buat lalu depan dia sambil bertanya manja.

“banggg, lepas maghrib balik kg ek?” saja je tanya tu walaupun dah janji memang nak balik time tu. “hmm..”. jawap cik abang. walaupun pendek jawapannya..takpe..yang penting malam ni balik jugak..horeyyyyyy..balik kampung den…huhuhu..

pukul 8 pagi sabtu. “adik, copek poe boli daging. orang mantai hari ni.. poe lah air mawang ko, joho ko. boli daging limo kilo, tulang ompek kilo…poe doreh. pilih daging yang cantik-cantik eh tu”. tu deh..mem bosar dah bagi order…ehehee.. dan dengan setianya saya takkan ingkar arahannya.

sejak arwah ayah uzur dan meninggal dunia pada 12 syawal tahun lalu..banyak urusan di kampung, saya yang uruskan. menjelang hari raya begini sayalah orang yang paling sibuk di rumah mak. bermula dari pagi ke pekan air mawang beli barang-barang dapur kemudian ke pasar johol, borong pulak barang-barang basah, balik je rumah terus buat persiapan bahan-bahan masak.

kalau apa yang mak nak tu takde di pekan, sepantas kilat saya akan ke pasar tampin atau kuala pilah pulak..semuanya kerana mak. akan saya usahakan mencarinya sampailah dapat.

mak suka masak rendang gunakan dapur kayu. wangi dan rendang bertambah sedap katanya. so, kenalah hidupkan dapur kayu api kat belakang rumah. mujur kayu getah sentiasa banyak kat belakang rumah tu, tak jadi masalah. takdelah skrip macam filem labu labi ~nak cari kayu…nak nak kayu~….hahaha…

sambil masak rendang tu kena pulak buat lagi satu tunku dapur kayu untuk rebus tulang..buat sup. haa ini menu wajib sama macam rendang!! kalau takde sup tulang mau histeria abang-abang besar…huhu..

sementara rendang dan sup tulang dimasak di luar, di dalam rumah satu periuk besar airnya tengah mendidih merebus nasi himpit nona, dihujung dapur bibik sibuk memerah santan, selepas tu tumbuk cili api untuk di buat gulai masak lomak cili api ikan parang gaul bacang.

tak ketinggalan menu tambahan asam pedas ikan tenggiri dan goreng ikan masin…sedang mak pula bertindak sebagai master chef jer..memberi arahan dan menjadi quality control..hehe..

bertungkus lumus kami bertiga di dapur memasak untuk santapan hampir 35 orang ahli keluarga kami. walaupun penat tapi dek kerana kemeriahan nak sambut raya haji. hilang semua tu…lewat petang barulah muncul abang-abang besar bersama keluarga memasing, juga kakakku yang seorang pun sampai jua dengan keluarganya.

alhamdulillah…sukanya hati mak. senyum meleret sampai ke pipi bila tengok anak cucunya dah balik..hilang sakit lutut dan sakit sendinya tu..hehehe..dan kebiasaannya pula kakak-kakak ipar akan membawa hidangan dari rumah mereka.. bertambah lagilah menu lauk malam tu.

rumah mak dah mula kecoh..anak buah berlari ke sana sini..usik mengusik. yang ketawa ketawalah dia, yang menangis meraung la pulak..hahaha..budak-budak.

mak seronok membelek cucu-cucu comelnya si baby aidi dan baby ashraf. dalam ramai-ramai anak buah tu ada pulak yang simpan stok mercun raya puasa lepas. hah! apalagi..berdentummmm..

selepas maghrib takbir raya mula bergema…Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Lailahaillallah…

*terdiam. sayu. hiba. terusik dengan setiap kemeriahan dan keriuhan. hati bagai dirembat untuk kembali ke saat itu…tersedar dari lamunan. rupanya saya ada di sini…doha, qatar..

ddmk: selamat hari raya aidiladha. salam kasih buat semuanya..

hadiah paling mahal..

harganya melebihi ribuan ringgit……malah tak terbeli dengan jutaan ringgit….hadiah yang hebat!! sungguh hebat! seperti yang selalu kita dengar bahawasanya   “kalau Allah swt nak bagi kita kaya, sekelip mata kita akan jadi kaya raya…tapi jika Allah swt nak bagi kita miskin…sekelip mata kita akan jatuh miskin”.

begitulah juga…jika Allah swt menguji kita dengan dukacita, akurlah menghadapinya dengan tenang, walaupun ianya satu kenyataan yang sangat menyakitkan.  namun bila mana Allah swt nak beri kita bahagia, yakinlah sepantas itu juga bahagia  akan datang walau apa caranya sekalipun. hmmmm…..kali ini saya kehabisan kata-kata, tak tahu apa yang patut ditulis untuk entry ni…

pada 1 syawal yang lepas sekitar pukul 3 petang saya telah dikejutkan dengan menerima hadiah yang paling mahal dalam hidup. moga hadiah ini akan kekal bersama saya buat selamanya.

 

ddmk : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.