mimpi singa

terserempak dengan kumpulan singa! gerun…kecut perut. dalam hati dah berdoa…janganlah singa tu nampak aku ni.. . jantung dah mula berdebar-debar…

3 ekor singa betina dan 1 jantan sedang berehat sambil bergurau sesama sendiri.  tiba-tiba sang raja rimba memandangku dengan renungan yang amat tajam, apalagi…. lariiiiiii! 

# tafsiran mimpi:

Bermimpi melihat atau bertemu dengan singa bererti anda akan mendapatkan kedudukan tinggi.

~ maksud yang menyenangkan hati…sedangkan keadaan sebenar dalam mimpi tu saya dikejar singa! dalam ketakutan yang teramat saya rebah dan terpaksa buat-buat mati…tahan nafas tak bergerak sebab singa tu dah ada depan mata. nasib baiklah terus terjaga dari tidur…fuhhhhh…lega.

seperti biasa saya mencari maksud mimpi yang dialami. inilah yang diperoleh dari pelbagai sumber:

1. Singa merupakan simbol kekuatan dan kekuasaan. Salah satu interpretasi mimpi melihat singa adalah bahwa Anda akan memiliki persahabatan yang berharga. Namun, juga bisa diinterpretasikan bahwa Anda harus berhati-hati terhadap kualitas egosentris Anda.

2. Bermimpi melihat atau bertemu dengan singa. Artinya, akan mendapatkan kedudukan tinggi.
sumber : http://tafsirmimpi.org/singa.html

3. Merupakan simbol kemulian dan kehebatan. Ia memiliki deteminasi dan agresi pada orang lain. Memimpikan seekor singa berarti anda memiliki ketakutan dengan karakter tersebut dan ini juga menjadi pertanda untuk mengontrol emosi dengan lebih baik.

4. Melihat seekor singa dalam mimpi berarti beberapa teman yang dimiliki kadang terlihat menakutkan

5. Diserang seekor singa: peringatan akan datangnya suatu bahaya.
sumber : http://rahasiamimpi.blogspot.com/2008/05/b.html

6. Singa ditakwilkan dengan penguasa yang gagah perkasa, sifatnya yang sangat berbahaya, pemberani, sangat kuat, dan pemarah. Singa juga menunjukan kepada seorang perajurit, pencuri, pekerja yang khianat, polisi, dan musuh yang menguntit.

7. Singa dapat pula menunjukan kepada kematian dan kesulitan, kerana dapat membuat orang yang melihatnya menjadi pucat, galau, dan diliputi ketakutan. Juga menunjukan penguasa perampas dan tiran terhadap orang-orang, ataupun musuh yang otoriter.

8. Orang sakit yang bermimpi melihat singa masuk ke dalam rumahnya ditakwilkan dia akan mati, atau dia akan mendapatkan siksaan dari seorang penguasa.

9. Jika bermimpi diterkam singa, berarti dia akan di rompak, ditikam, dibunuh ketika ia sedang tidur, atau kepalanya akan dipenggal.

10. Singa yang masuk ke dalam kota ditakwilkan dengan munculnya wabak atau kesulitan, atau serangan musuh.

11. Jika bermimpi menunggangi singa, dia akan melakukan perkara yang besar atau perbuatan yang sangat berbahaya.

12. Jika bermimpi berkelahi dengan singa, dia akan bertikai dengan musuh, penguasa, atau dengan orang yang ditakwilkan dengan singa.

13. Jika bermimpi makan daging singa dan meminum susu singa betina, dia akan memperoleh harta dari seorang penguasa dan akan menang dari musuhnya.

14. Jika bermimpi menggembalakan singa, dia akan bersahabat dengan raja yang diktator.

15. Jika mimpi dikalahkan singa maka dia akan demam, kerana singa ditakwilkan dengan demam.

16. Jika bermimpi menjadi singa, dia akan menjadi orang yang tiran sesuai dengan keadaanya. Anak singa ditakwilkan dengan seorang anak laki-laki.

17. Diceritakan ada seseorang menemui Ibnu Sirin seraya berkata,’’Aku bermimpi menangkap anak singa, lalu aku membawanya kerumah.’’ Ibnu Sirin menjawab,’’Engkau akan sederajat dengan para raja.’’

sumber: http://theafmyblog.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

 

ddmk: macam-macam…

mimpi buaya

ahah!! 3 ekor buaya berlegar-legar di dalam air. 2 ekor buaya tu sekejap tenggelam timbul, badan pun tak besar sangat. tapi yang seekor lagi tu besarrrrrnya…ketua buaya kot..

masalahnya buaya yang besar tulah yang datang ke arah saya! dok diam-diam di dalam air. nampak macam jinak dan mesra…tak merbahaya pun.

ishh…ishhh…tak boleh jadi ni. pesan orang tua-tua, air yang tenang jangan disangka takde buaya. tapi yang ni, bukan takat air tenang, buaya dah depan mata!

# tafsiran mimpi:

melihat buaya di air melambangkan anda tidak boleh mempercayai seseorang, baik teman atau lawan. atau juga melambangkan pencuri atau pedagang yang tidak jujur.

~hmmm….tak selesanya bila dengar tafsiran mimpi saya tu. ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari setiap bala dan bencana….amin.

terdapat banyak maksud berbeza jika bermimpi buaya:

1. bermimpi menunggang buaya dan masuk ke air atau sungai. ertinya, pekerjaan kita akan lebih sukses.

2. bermimpi melihat buaya merangkak masuk ke dalam rumah kita. ertinya, akan ada keberuntungan.

3. bermimpi digigit buaya. ertinya akan mendapat kesusahan atau masalah.

4. bermimpi ditelan atau dibaham buaya. ertinya anda harus berhati-hati dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling anda.

5. bermimpi buaya itu menarik orang atau anda kedalam air. bermaksud seseorang memaksa anda melakukan sesuatu perkara yang hina..

6. bermimpi buaya sedang makan. ertinya ada pencuri yang jahat atau ada orang yang makan makanan yang haram.

7. bermimpi memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air. maksudnya ia menang melawan musuh.

8. bermimpi melihat buaya sedang mengintai mangsanya. ertinya, kita harus berhati-hati kerana akan ada orang atau musuh yang secara diam- diam berusaha mencelakakan kita.

 

antara lain maksud buaya:-

buaya adalah haiwan sungai. ia menunjukkan khianat, degil dan jahat. jika bermimpi buaya di air membawa maksud buruk, jika di atas tanah membawa erti lemah dan terhina.

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

 

ddmk: kalau buaya darat?

mimpi anak ayam

anak ayam cute sebelah adiknya

comelnya anak ayam ni…putih dan kuning bulunya…lincahnya sama macam anak ayam yang lain. saya ambil dengan perlahan dan letak kat dada..wah..wah..dia nak turun pulak! ok..takpe…dengan lembut juga saya letakkan dia kembali ke tanah. dengan pantas dia berlari ke arah anak ayam yang seusia dengannya. 

pergilah..pergi main dengan anak ayam yang lain. saya memandangnya dengan hati yang penuh rasa gembira.

# tafsiran mimpi: apabila mimpi memelihara anak ayam ertinya anda jangan risau atau gelisah dengan rezeki yang anda miliki sekarang.

~ alhamdulillah…syukur dengan nikmat kurniaan rezekiMu ya Rab.

tapi mimpi ayam banyak maknanya, setiap perkara berbeza maksudnya. contoh seperti dibawah ni saya perolehi daripada tafsiran mimpi menurut islam.

1. Jika anda bermimpi melihat ayam terbang ke pohon menandakan anda akan menerima wang.

2. Mimpi melihat ayam betina mengeram alamat akan mendapat kebaikan.

3. Mimpi melihat ayam sedang bertelur, alamatnya anda akan mendapat untung.

4. Mimpi membeli atau mendapat ayam jantan bermakna anda akan mendapat anak lelaki. jika ayam betina akan mendapat anak perempuan.

5. Mimpi ayam anda dicuri orang maksudnya akan bersedih hati.

6. Mimpi memelihara anak ayam ertinya anda jangan risau, gelisah resah dengan rezeki sekarang.

7. Mimpi memberi makan kepada ayam maknanya pekerjaan anda akan bertambah maju dan sukses segala yang dicita-citakan.

8. Mimpi nampak banyak ayam bererti anda merasa seronok dan puas didalam kehidupan ini.

9. Mimpi menyembelih ayam dan memakan dagingnya bermaksud anda akan mendapat kebajikan.

10.Mimpi menyembelih ayam yang banyak maknanya akan menjadi orang yang mulia.

11. Mimpi kehilangan ayam, sama ada dicuri atau disembelih orang lain bererti akan kehilangan ahli keluarga yang meninggal dunia.

12..Mimpi ayam betina bertukar menjadi ayam jantan menandakan anda akan mempunyai anak lelaki yang tulus dan selamat di kemudian hari.

13. Mimpi melihat banyak ayam di bawah rumah atau dalam kampung maksudnya anda akan mendapat orang gaji atau hamba yang baik.

14. Mimpi bermain telor ayam bererti anda akan berkawan dengan orang-orang jahat.

15. Mimpi makan telor ayam alamat anda akan beroleh keuntungan.

 

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

ddmk: layan lagu> ayam den lapeh best gak…heheee

aduhhh….mimpi dipatuk ular!!

lirik lagu :

~ apa tafsir mimpiku ini malam tadi kaki dipatuk ular,  kata orang jodoh dah tiba,

~ minta-minta lah jodohku bersamamu…

* audio kurang memuaskan.

# tafsiran mimpi:

1. mimpi dikejar ular atau dipatuk ular. jika anda masih bujang ertinya ada orang akan meminang atau jodoh anda semakin hampir. tetapi jika anda telah berkahwin. ertinya anda akan memperolehi kebaikkan dan kebahagiaan.

2. mimpi dibelit ular. bermaksud sesuatu yang buruk atau bencana.

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

ddmk: sebelum naik pelamin dulu, tiap-tiap minggu mimpi kena kejar dek ular..