aktiviti makan+movie pun bermula…

dah sebulan berada di doha. arghhhhhhh…..seronoknya kembali ke sini!! (dulu asyik sedih setiap kali nak tinggalkan tanahair yer..hehee..)

flight pukul 9 malam dari KL tak terasa lama mana pun. kebiasaannya nak menanti 7 jam 30 minit dari KL ke Qatar dah kematu punggung dibuatnya…pinggang pun kebas dah.

tapi kali ni….wahhhh….tak rasa lama la pulak. agak-agak dalam 5 jam je kot…uishhh…KL-Qatar 5 jam. mustahil-mustahil…nehi mungkin!

abe matt  orang yang tersenyum paling lebar dan memberi aksi paling menawan semasa menyambut kehadiran saya di airport doha. dan seperti biasa, terasa sayu pulak hati melihat wajahnya yang macam….hmmm…macam….aduhaiiiii..~wajah kesayangan hamba!

selepas touchdown seminggu, maka bermulalah acara makan+movie+makan lagiiiii…hahaaa…best nih..benda yang di tunggu-tunggu.

kami ke city center. makan di Nando’s. abe matt seperti biasa order chicken meal with 2 sideline. faveret dialah tu, even kat malaysia pun order benda yang sama. te ta pi tidak bagi saya…ehehh…

 

~ hahhhh…ambik periuk kura-kura nih. pelik gak mula-mula. tengok dalam menu kecik je, tapi bila depan mata…besarnya ya amat….fuhhh…memang sewajarnya tak akan abis kalau makan sorang. apa isinya?

 

~ nasik beras basmathi yang dimasak dengan sos signature Nando’s yang bisa bikin meleleh air hidung…digaul pula dengan ayam panggang serta diulit dengan sayur-sayuran…huh..sedap.

 

 

~ air pilihan. jus delima, teh’o ais lemon dan air suam.

 

 

alhamdulillah….dah kenyang. abis sudah kecuali nasik tadi. dan sekarang tiba masa untuk layan movie pulak. kali ni kami teringin nak jadi v.i.p. so abe matt belilah tiket VIP Gold. satu tiket berharga qr100. tapi takpe, its ok…kat abe matt. abis qr200, bukan untuk org lain pun kan… 🙂

setelah menghulurkan tiket di pintu masuk panggung VIP, kami di’escort’ hinggalah ke tempat duduk oleh pelayan perempuan yang sentiasa tersenyum manis…kira mesra pelangganlah tu. karpet dalam ni tebal dan lembut.

masuk je….tu dia seatnya. besar macam sofa Lorenzo. ke memang Lorenzo? dilengkapi dengan electronic seat tak ubah gayanya dalam kereta bmw dan merc.

dan bila kita dah duduk, pelayan akan bertanya apa yang kita nak makan semasa menonton. nak caramel popcorn, air, coklat, jajan atau apa sahaja yang ada dijual di kaunter pawagam. dia akan belikan dan hidangkan untuk kita. wahhh….kelasss …v.i.p.kann…

 

~ kami dok tersandar dan mulalah tangan gatal nak test seat tu. back seat boleh adjust ke belakang ikut suka, seat boleh adjust ke depan kalau nak rasa luas lagi. haaa..sudahnya kaki saya tak cecah lantai. even kalau tak adjust pun kaki terjuntai ke bawah..maklumlah orang comel..hehee..

akhirnya saya ambik keputusan untuk bersila. itu pun masih ada ruang di kiri dan kanan seat…fuhh..memang selesa sungguh la..pinggang elok je terletak..begini punya best rasanya boleh tido dalam panggung ni.

dalam panggung v.i.p hanya ada 25 seat sahaja. silalah bayangka betapa selesanya tengok movie. tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain. untuk satu tayangan filem, walaupun hanya ada seorang penonton…..tayangan tetap akan diteruskan! waktu ni rasanya hanya ada 15 orang penonton.

turut disediakan 2 toilet. lelaki dan perempuan. jika berhajat…anytime boleh pergi dengan aman damai, tak perlu nak jalan jauh keluar dari panggung. ini dia..bersih dan wangi, macam kat hotel.

 

 

selain keselesaan dan layanannya ….rupanya ada satu lagi ‘hebatnya’ panggung v.i.p ni. ianya memberikan kita kepuasan yang tak terhingga, seolah-olah kita turut sama berada dalam setiap aksi filem yang ditonton.

nak tahu apakah dia?

jawapan- Sound System. terbaikkkkkkkkk…..kalau adegan perang tembaK menembak tu, rasa macam kat belakang kita tembakan tu berlaku. kalau kaca pEcah berderai atau tangan Hero patah..bunyinya seolah-olah kat sebelah kita je. belum lagi bila bangunan atau kereta meleTup..atau bunyi boM…rasa bergegar satu panggung!

 

ddmk: tak digalakkan tengok movie seram dalam panggung v.i.p…dijamin tak boleh tido malam…terngiang-ngiang hantu berbisik ditelinga…

Tinggalkan komen